fb fb fb fb fb

RTM penyiar rasmi Unifi Bola Sepak Liga Malaysia

PUTRAJAYA, 23 Februari- Semua pihak perlu memainkan peranan untuk memajukan industri bola sepak negara dengan meningkatkan nilai komersial liga tempatan, salah satunya menerusi cabang penyiaran.

Bagi mencapai usaha itu , Kementerian Komunikasi dan Multimedia melalui agensi penyiarannya iaitu Radio Televisyen Malaysia (RTM) menyambut baik kerjasama selaku rakan penyiar bola sepak Liga Malaysia 2022.

Menterinya Tan Sri Annuar Musa berkata dengan adanya stesen tidak berbayar milik kerajaan atau 'free to air' (FTA) , ia dapat membantu memajukan Persatuan Bola Sepak Malaysia dan Malaysian Football League (MFL).

"Jadi kita harap banyak lagi, selain RTM, saya percaya stesen-stesen penyiaran yang lain termasuk Astro dan sebagainya boleh melakukannya. Saya pun dah berbincang dengan mereka semua supaya beri sokongan kepada bola sepak Malaysia."

"Jadi kita akan ada FTA, siaran di 'free to air' tv..dan kita juga ada di stesen swasta, secara tidak langsung kita membantu FAM dan juga MFL untuk memajukan bola sepak kerana bila liga itu maju dana mencukupi, pasukan-pasukan akan dapat manfaat daripadanya, dan mereka dapat mengembangkan lagi program-program pembangunan bola sepak secara keseluruhannya,"jelas Annuar Musa.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran RTM selaku rakan penyiar Unifi Bola Sepak Liga Malaysia anjuran MFL di Putrajaya.

Siaran langsung di RTM akan menyiarkan lebih 44 perlawanan termasuk Liga Super yang bakal bersiaran mulai 4 Mac , selain Piala FA dan Piala Malaysia.

Perlawanan akan disiarkan menerusi empat saluran iaitu TV1, TV Okay , Sukan RTM dan RTM KLIK.

Media Baharu