fb fb fb fb fb

Pindaan Akta FINAS sokong pertumbuhan industri kreatif negara

Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, Datuk Azmir Saifuddin Mutalib

KUALA LUMPUR, 2 Disember – Pindaan kepada Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) 1981 (Akta 244) bertujuan memastikan perbadanan itu terus relevan selaras dengan perubahan pesat dan perkembangan teknologi dalam penerbitan kandungan.

Dalam sesi taklimat khas Rang Undang-Undang (RUU) FINAS (Pindaan) 2025, Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, Datuk Azmir Saifuddin Mutalib berkata pindaan tersebut merangkumi tiga skop utama iaitu pembangunan industri, tadbir urus serta pemantapan fungsi dan penguatkuasaan.

Ia juga sejajar dengan perkembangan industri kreatif negara yang kini berada di tahap tertinggi menerusi penghasilan jumlah filem pecah panggung terbanyak dalam tempoh 40 tahun.

Dari segi ekonomi, pindaan Akta 244 bersama Dasar Filem Negara 2025 akan mengiktiraf industri perfileman sebagai pemacu penting ekonomi kreatif serta penyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Jelas beliau, dalam tempoh 10 tahun akan datang, industri filem dan sektor kreatif dijangka menjadi antara industri utama dalam menjana pertumbuhan ekonomi negara.

AZRUL FAIZAL JUSOH