fb fb fb fb fb

Pemain industri di Sarawak diajak rebut peluang mohon geran industri kreatif

Datuk Snowdan (tengah) ditemui pemberita pada sidang media di pejabatnya

KUCHING, 29 Jun- Sejumlah RM6.1 juta geran kerajaan bagi industri kreatif masih belom dimohon di Sarawak.

Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datuk Snowdan Lawan berkata setakat Mei lepas, pihaknya hanya menerima sejumlah 60 permohonan daripada pelbagai persatuan dan kumpulan melibatkan peruntukan berjumlah RM3.8 juta.

Oleh itu beliau berharap pemain industri kreatif di Sarawak merebut peluang yang disediakan kerajaan dalam usaha membangunkan industri itu di negeri itu.

Katanya, ia melibatkan dana mudah cara bagi industri kreatif seperti pembikinan filem, dokumentari, gestronomi, kumpulan muzik dan pelbagai lagi kluster dalam industri itu.

Datuk Snowdan memaklumkan perkara berkenaan dalam sidang media di pejabatnya bersempena penyertaan Kumpulan muzik kontemporari dari Sarawak, At Adau dalam Jelajah Sada Rimba Oceana 2024.

Kumpulan terbabit akan menyertai Festival Playtime di Ulaanbaatar, Mongolia pada 7 Julai depan dan Les Tari Festival di Janda Baik, Pahang pada 13 Julai.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE