fb fb fb fb fb

Perbicaraan kes pemerdagangan seks P. Diddy pada Mei depan

Sean "Diddy" Combs juga dikenali dengan beberapa nama pentas lain seperti Puff Daddy, P. Diddy atau Diddy/AFP

NEW YORK, 12 Oktober- Mogul muzik Sean Combs akan menghadapi perbicaraan berhubung tuduhan pemerdagangan seks dan "racketeering" pada 5 Mei tahun depan.

"Rapper dikenali sebagai "Diddy" (yang juga dikenali sebagai Puff Daddy, P. Diddy atau Diddy) akan terus ditahan," kata Hakim Persekutuan, Arun Subramanian dalam pendengaran kes di mahkamah pada Khamis lepas.

Bulan lalu, Combs didakwa dengan tiga pertuduhan jenayah atas dakwaan menyalahgunakan wanita dan memaksa mereka menyertai pesta seks dipenuhi dadah dengan menggunakan ugutan serta kekerasan.

Permohonan jaminan oleh Combs juga telah ditolak mahkamah sebanyak dua kali kerana pihak pendakwaan bimbang mengenai kemungkinan saksi diganggu oleh suspek.

Terdahulu, Combs mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan.

Pendakwa raya Emily Johnson juga menyatakan masih ada banyak bukti untuk dibongkar, sambil menambah 96 peranti elektronik telah dirampas pada Mac lalu dan lebih banyak pertuduhan mungkin akan dihadapi oleh Combs yang popular dengan lagu "I'll Be Missing You."

Tuduhan terhadap pemenang Grammy itu telah meningkat sejak tahun lalu apabila penyanyi Cassie atau nama sebenar Casandra Ventura mendakwa Combs mengenakan paksaan terhadapnya selama lebih sedekad melalui kekerasan fizikal dan dadah serta satu kes rogol pada tahun 2018.

Sejak itu sejumlah tuntutan mahkamah sivil difailkan, menggambarkan Combs sebagai seorang lelaki ganas menggunakan status selebriti untuk memperdaya wanita.

Peguam sebelum ini turut mendedahkan lebih 100 mangsa mendakwa Combs telah menyerang atau mengeksploitasi mereka -- termasuk beberapa kanak-kanak -- sedang merancang mengambil tindakan undang-undang.

Ledakan tuduhan terhadap Combs telah menonjolkan budaya dalam industri muzik yang dipercayai membenarkan pola pelanggaran seksual secara berleluasa. -AFP

BERITA BERKAITAN

SITI AISHAH MD ISA