LANGKAWI, 10 September- Lagenda Mahsuri bakal diangkat menjadi sebuah filem epik yang dijangka memulakan pengambaran awal tahun hadapan di Langkawi.
Mengangkat sejarah silam wanita yang dibunuh akibat difitnah, Setiausaha Agong Persatuan Seniman Malaysia, Hafiz Nafiah optimis filem berkenaan menjanjikan “sesuatu” yang pastinya mudah diterima penonton.
Beliau berkata pasaran antarabangsa seperti Thailand akan mudah ditembusi berikutan keturunan Mahsuri yang ke-7 kini berada di negara gajah putih itu .
"Langkawi itu sendiri sudah terkenal, jadi mudahlah sikit, orang di luar negara yang sudah pernah datang ke Langkawi mungkin berkata...oh ya Langkawi.
"Jadi mungkin lebih mudah untuk kita pasarkan ke luar negara terutama Thailand, sebab ye lah, susur galur itukan," katanya.
Beliau ditemui RTM selepas Majlis Seyembara Filem Pendek dan Dokumentari Pelancongan Langkawi di Kompleks LADA, di sini.
(Hafiz Nafiah)
Seyembara julung kali itu mempertandingkan 11 kategori utama yang bertemakan mitos dan lagenda.
Ia selari dengan usaha mempromosikan Langkawi sebagai sebuah pulau lagenda di Kedah.