fb fb fb fb fb

Konsert Michael Learns To Rock di Genting Highland

Poster Michael Learns To Rock

KUALA LUMPUR, 24 Julai- Kumpulan terkenal dari Denmark, Michael Learns To Rock (MLTR) akan kembali ke Malaysia untuk siri Jelajah "Take Us To Your Heart" di Arena of Stars, Resorts World Genting, pada 10 November depan.

Kumpulan dibarisi Jascha Richter sebagai vokalis, Mikkel Lentz (pemain gitar) dan Kåre Wanscher (pemain dram) sudah pasti akan membawa peminatnya terbuai dengan lagu-lagu malar segar seperti lagu "That's Why (You Go Away)", "Paint My Love", “25 Minutes”, “Sleeping Child”, “Take Me To Your Heart” dan banyak lagi.

Michael Learns To Rock merupakan salah satu kumpulan muzik paling berjaya mengharum nama negara kelahiran mereka.

MLTR aktif sejak 1988 dan antara kumpulan paling lama berkarya dalam bidang hiburan di seluruh pelosok dunia tanpa mencetus sebarang skandal untuk berada di puncak.

MLTR telah mengeluarkan sembilan album dan menjayakan lebih 800 pertunjukan pentas.

Tiket berharga RM968 sehingga RM188 dengan prajualan bermula 31 Julai 2024 manakala jualan am bermula 8 Ogos secara dalam talian.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE