(Persembahan daripada Tam Spider, Mael XPDC dan Noh Hujan dalam konsert 3 Generasi)
KUALA LUMPUR, 4 September- Otai-otai 'rock' negara seperti kumpulan XPDC, kumpulan Spider dan Noh Salleh digabungkan dalam sebuah konsert 'Yolo Live Session : 3 Generasi'.
Gabungan generasi berbeza pada itu ternyata memberi kepuasan kepada peminat muzik 'rock' tempatan.
Buktinya, kumpulan Rock XPDC, Spider dan Noh Salleh berjaya menghiburkan lebih 2,500 peminat dengan lagu-lagu Hits mereka di ibu negara minggu lalu.
Konsert malam itu dimulakan dengan kumpulan Spider yang tampil dengan beberapa buah lagu terkenal mereka, antaranya Anti Graviti, Kau Saja, Kacap Terlabik, Mungkinkah Terjadi dan lagu khas, Mentera Semerah Padi.
Persembahan itu diteruskan oleh Noh Hujan yang tampil dengan lagu romantis yang pernah popular seperti Gelung, Renjana, Bunga di Telinga dan Angin Malam.
(Penonton menyaksikan konsert 3 Generasi di ibu negara)
Untuk persembahan ke-3, kumpulan XPDC tampil dengan lagu 'rock' malar segarnya seperti Raja Kertas, Hidup Bersama dan Bukan Milik aku.
Walaupun Mael, vokalis kumpulan XPDC tidak mampu menghabiskan tiga lagu terakhir ianya diteruskan oleh anak lelakinya Syed israffil Syed ismail yang menyambung baki persembahannya.
Lagu keramat 'Semangat Yang Hilang' dinyanyikan oleh ketiga-tiga penyanyi sebagai hadiah buat peminat yang hadir sebagai penutup konsert.