KUALA LUMPUR, 22 Oktober- Hampir 1,000 peminat muzik tanah air membanjiri Auditorium Seri Angkasa, Kota Media Angkasapuri bagi menyaksikan Konsert Ini Baru Bintang 3 yang dimeriahkan 12 penyanyi terkenal.
Sebanyak 27 lagu dinyanyikan selama 3 jam oleh penyanyi popular seperti Datuk Syafinaz, Datuk Nora, Datin Alyah, Datin Shima, Fauziah Latiff, Ernie Zakri dan Ameer Sofazr.
Rata-rata peminat meluah rasa teruja apabila dapat melihat penyanyi veteran hebat seperti Rosemaria Abdul Hamid, Ramlah Ram, Azian Mazwan Sapuan dan Datin Shima.
Turut membuat persembahan ialah Juara Bintang Klasik 2023, Hisyam Rahim dan pennyanyi baharu P.Radhi.
Persembahan semua penyanyi ini mengembalikan memori era kegemilangan program pencarian bakat terbitan RTM terutama Bintang RTM sejak awal 1970-an bersama rangkaian lagu yang pernah melonjakkan nama mereka dalam arena seni suara. Juara Bintang P.Ramlee 2016, P. Radhi dan Juara Bintang Klasik 2023 ,Hisyam Rahim.
Konsert Ini Baru Bintang 3 turut dihadiri Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Suhaimi Sulaiman.
Konsert tersebut diiringi 29 pemuzik pimpinan Pengarah Muzik, Luqman Abdul Aziz.
(Konsert tersebut diiringi 29 pemuzik pimpinan Pengarah Muzik, Luqman Abdul Aziz.)