fb fb fb fb fb

AIM-23, 11 September

(Barisan artis ketika sidang media AIM-23)

KUALA LUMPUR, 4 September- Seramai 105 calon telah disenarai pendek daripada sejumlah 21 kategori bagi Anugerah Industri Muzik 23.

Rancangan anugerah muzik tempatan paling berprestij anjuran Persatuan Industri Rakaman Malaysia itu bakal diadakan pada 11 September depan.

Seramai 113 orang juri yang terlibat dalam penilaian calon dan bagi setiap kategori dinilai oleh tujuh hingga10 orang juri yang mempunyai kepakaran dalam bidang masing-masing.

Maestro muzik, Datuk Mokhzani Ismail, selaku Ketua Juri AIM 23, berkata "populariti ialah yang ke-2, kualiti mengatasinya.

"Setiap kali penjurian dilakukan, bahagian kualiti yang akan dititikberatkan."

(Datuk Mokhzani Ismail, Ketua Juri AIM 23)

Aufahanie, seorang pendatang baharu dalam industri hiburan turut, "bersyukur dengan rezeki yang diberikan.

"Lagu Aufa baru dihasilkan dengan komposer Amylea dan alhamdulillah, Aufa berjaya tercalon."

Seorang lagi bakat muda yang semakin menyerlah dalam nyanyiannya, Vanessa Reynauld berkata, "rasa sangat dihargai dan pencalonan ini memberi makna yang cukup besar kepada saya.

"Kerja keras selama ini akhirnya terbayar." Jelasnya ketika ditemui pemberita.

Datuk Mokhzani Ismail turut dibantu oleh Datuk Acis, Datuk Syafinaz Selamat, Datuk Afdlin Shauki, Omar K, LY, Fauzi Marzuki, DJ Fuzz, Adi Priyo, Shah Slam, Mas Idayu dan Noryn Aziz.

Media Baharu