
ANKARA, 15 Februari -Susulan kecaman hebat, YouTube telah mengaktifkan semula akaun aktivis pro-Palestin Amerika Syarikat (AS), Guy Christensen, selepas menggantungnya buat seketika, lapor Agensi Anadolu.
- YouTube mengaktifkan semula akaun aktivis pro-Palestin Guy Christensen selepas menerima kecaman awam.
- Christensen berkata rayuannya pada mulanya ditolak tetapi dipulihkan selepas tindakan kolektif dan solidariti.
- Kandungan beliau terkenal menyokong Palestin dan mengkritik pembunuhan beramai-ramai di Gaza.
Platform perkongsian video AS itu menutup akaun Christensen pada Jumaat, sehingga mengundang kritikan daripada pengguna selepas beliau membela nasibnya menerusi platform media sosial lain. Christensen dikenali melalui kandungan yang menyokong rakyat Palestin dan mengkritik hebat pembunuhan beramai-ramai oleh Israel di Gaza.
Selepas menerima kecaman, YouTube memulihkan semula akaun berkenaan.
Menerusi hantaran di platform media sosial X, Christensen berkata syarikat itu mengubah keputusan mereka selepas pada mulanya menolak rayuan beliau.
“Kita benar-benar berjaya melakukannya,” tulis beliau.
“YouTube terpaksa memulihkan keseluruhan saluran saya + pengewangannya selepas MENOLAK rayuan malam tadi, dengan janji bahawa saya akan disekat selama-lamanya. Inilah kuasa tindakan kolektif dan solidariti. Jika kita tidak berdiri bersama, kita akan ditumpaskan satu demi satu.” – BERNAMA