Venezuela gesa AS tarik balik semua sekatan

Presiden interim Venezuela, Delcy Rodriguez menghadiri mesyuarat bersama Menteri Pertahanan, Pedro Sanchez dan Menteri Luar, Rosa Villavicencio dari Colombia di Caracas/ REUTERS

CARACAS, 14 Mac – Presiden interim Venezuela, Delcy Rodriguez, menggesa Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump supaya menarik balik sepenuhnya sekatan yang dikenakan terhadap negaranya ketika kedua-dua negara mula memulihkan hubungan diplomatik.

RINGKASAN BERITA AI
  • Rodriguez menggesa Presiden AS menarik balik semua sekatan sepenuhnya semasa pemulihan hubungan diplomatik.
  • Sekatan Washington sejak 2014 memberi tekanan besar kepada ekonomi Venezuela dan menjejaskan kesejahteraan rakyat.
  • Sekatan juga memberi kesan kepada negara jiran dan ekonomi serantau.
  • Rodriguez kini mengetuai kerajaan sementara selepas Nicolas Maduro ditahan oleh pihak berkuasa AS atas dakwaan pengedaran dadah.

Menurut Rodriguez, sekatan yang dikenakan Washington sejak 2014 memberi tekanan besar kepada ekonomi Venezuela serta menjejaskan kesejahteraan rakyat dan ekonomi serantau.

Beliau berkata perkara itu ketika menerima kunjungan delegasi dari Colombia di Caracas, sambil menegaskan langkah sekatan turut memberi kesan kepada negara jiran.

Sejak Januari lalu, AS dilaporkan melonggarkan beberapa sekatan termasuk embargo minyak serta membenarkan beberapa syarikat multinasional beroperasi semula di negara itu di bawah syarat tertentu.

Rodriguez kini mengetuai kerajaan sementara selepas bekas presiden, Nicolas Maduro ditahan oleh pihak berkuasa AS bagi menghadapi perbicaraan atas tuduhan berkaitan pengedaran dadah. -AFP