Umat Islam di Indonesia tunai solat sunat Aidilfitri

Ribuan umat Islam di Indonesia menunaikan solat sunat Aidilfitri/Foto REUTERS

JAKARTA, 21 Mac – Ribuan umat Islam di Indonesia berkumpul di stadium bola sepak di daerah Cibinong untuk menunaikan sembayang sunat Aidilfitri.

RINGKASAN BERITA AI
  • Julung kali stadium digunakan untuk solat sunat Aidilfitri, menarik kehadiran penduduk setempat.
  • Sebahagian jemaah menyuarakan kebimbangan terhadap umat Islam luar negara yang terjejas akibat konflik.
  • Walaupun risau tentang ekonomi dan nasib, mereka berharap semangat Aidilfitri membawa pembaharuan keamanan dan kebersamaan.
  • Jemaah mendoakan kekuatan untuk saudara di zon konflik, sambutan dirasakan menyedihkan oleh sesetengahnya.

Ia merupakan julung kali Stadium Pakansari digunakan untuk tujuan berkenaan dan ia menarik kehadiran penduduk dari kawasan kejiranan di sekitarnya.

Di tengah suasana kemeriahan sambutan Aidilfitri, sebahagian jemaah turut menyuarakan kebimbangan terhadap umat Islam di luar negara, termasuk mereka yang terjejas akibat konflik di Asia Barat.

Walaupun terdapat kebimbangan terhadap ekonomi dan nasib umat Islam di kawasan konflik, para jemaah berkata mereka berharap semangat Aidilfitri akan membawa pembaharuan kepada keamanan dan kebersamaan.

Sandi Apriadi, 40, berkata ia sesuatu yang menyedihkan apabila menyambut Aidilfitri dalam keadaan konflik yang berpanjangan.

“Ia sangat menyedihan, terutama kita menyambut Aidilfitri namun negara lain terpaksa melalui perang yang berpanjangan.

“Kami berdoa di sini agar saudara kami terutama umat Islam diberi kekuatan untuk melalui saat-saat sukar ini,” katanya – REUTERS