
SYDNEY, 2 Februari -Penumpang kereta api di Sydney panik selepas seekor ular merayap di sepanjang platform stesen bandar itu.
RINGKASAN BERITA AI
- Penumpang panik apabila seekor ular merayap di platform stesen bandar.
- Seorang wanita tergamam dan meninggalkan basikalnya setelah terlihat ular itu.
- Seorang penumpang berani memegang ekor ular dan mengeluarkannya dari platform.
Seorang wanita terkejut dan bertindak meninggalkan basikalnya sejurus ternampak ular tersebut.
Manakala penumpang lain kelihatan berkumpul dengan cemas di platform.
Kekecohan itu akhirnya berakhir apabila seorang penumpang memegang ekor ular tersebut dan melepaskannya ke luar platform melalui pagar tangan.
“Seorang penumpang yang turun dari kereta api mengambil inisiatif untuk menangani penceroboh itu,” kata agensi kerajaan Transport for New South Wales, sambil menambah bahawa “lelaki itu tidak takut sama sekali.” – AFP