Konflik Rusia-Ukraine: Demonstrasi di Milan, atlet Rusia jadi tumpuan

Demonstrasi berlangsung pada hari terakhir Sukan Olimpik Musim Sejuk /FOTO REUTERS

MILAN, 23 Februari – Ratusan penyokong Ukraine berhimpun di Milan pada Ahad sempena dengan ulang tahun keempat operasi ketenteraan Rusia ke atas Ukraine.

RINGKASAN BERITA AI
  • Ratusan penyokong Ukraine berhimpun di Milan sempena ulang tahun keempat operasi ketenteraan Rusia.
  • Demonstrasi membantah penyertaan atlet Rusia dan Belarus dalam Sukan Paralimpik 2026.
  • IPC memperuntukkan 10 slot gabungan kepada atlet Rusia dan Belarus, mencetuskan kontroversi politik.
  • Jawatankuasa Paralimpik Ukraine mengumumkan boikot majlis pembukaan sebagai protes.

Demonstrasi itu berlangsung pada hari terakhir Sukan Olimpik Musim Sejuk.

Para penunjuk perasaan menggesa agar konflik ditamatkan serta membantah penyertaan atlet Rusia dan Belarus dalam temasya Paralimpik akan datang.

Aktivis, Vlad Sadilov berkata, penyertaan itu seolah-olah cuba melupakan empat tahun peperangan yang meragut ribuan nyawa di Ukraine.

Tindakan Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa memperuntukkan 10 slot gabungan kepada atlet Rusia dan Belarus mencetuskan kontroversi politik menjelang Sukan Paralimpik Musim Sejuk Milano Cortina 2026.

Jawatankuasa Paralimpik Ukraine sebelum ini mengumumkan atletnya akan memboikot majlis pembukaan temasya itu pada 6 Mac di Verona.

Rusia, yang digantung daripada banyak kejohanan antarabangsa susulan perang, menegaskan sukan tidak seharusnya dicampuradukkan dengan politik dan menyasarkan atlet kurang upaya adalah sesuatu yang tidak wajar. – REUTERS