
DAVOS, 22 Januari – Presiden Amerika Syarikat Donald Trump secara rasmi melancarkan Lembaga Keamanan pada Khamis.
- Trump merasmikan Lembaga Keamanan yang dipelopori di Davos, Switzerland.
- Beliau menawarkan kerjasama dengan PBB untuk menangani krisis Gaza dan kawasan lain.
- Matlamat termasuk memastikan Gaza bebas daripada pasukan tentera serta pemulihan dan pentadbiran.
- Butiran mandat dan piagam lembaga belum diumumkan walaupun dokumen asas ditandatangani.
Beliau menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) bagi menangani bukan hanya krisis di Gaza, malah turut meliputi kawasan di luar wilayah itu.
“Kami komited untuk memastikan Gaza bebas daripada pasukan tentera, ditadbir dan dibangunkan sebaiknya.
“Ia rancangan yang hebat dan di situlah Lembaga Keamanan benar-benar bermula. Saya berpendapat kita boleh pergi ke isu lain selepas berjaya di Gaza.
“Ia akan menjadi perkara yang hebat untuk disaksikan. Dan kita boleh melakukan perkara lain. Kita boleh melakukan banyak perkara lain. Sebaik sahaja lembaga ini dibentuk sepenuhnya, kita boleh melakukan apa sahaja yang mahu dilakukan, dan kita akan melakukannya bersama-sama PBB,”,” kata Trump yang juga pengerusi lembaga itu di luar Forum Ekonomi Dunia di sini yang dihadiri puluhan pemimpin dunia.
Wakil dari pelbagai negara menandatangani dokumen asas organisasi itu.
Butiran mengenai mandat lembaga itu serta piagamnya bagaimanapun belum tersedia.- Bernama