Trump isytihar kecemasan susulan pencemaran Sungai Potomac

Sungai Potomac kini tercemar selepas dicemari air kumbahan.

WASHINGTON, 22 Februari – Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump meluluskan pengisytiharan kecemasan bagi Washington pada Sabtu susulan kejadian paip kumbahan pecah yang mencemari Sungai Potomac.

RINGKASAN BERITA AI
  • FEMA disediakan untuk menyelaras bantuan bencana dan sokongan bagi usaha tindak balas di Wilayah Columbia.
  • Pengisytiharan kecemasan membolehkan bantuan menyelamatkan nyawa, melindungi harta, dan menjaga kesihatan awam.
  • Pencemaran Sungai Potomac akibat paip kumbahan pecah mencetuskan ancaman terhadap keselamatan dan kebersihan air.

Agensi Pengurusan Kecemasan Persekutuan (FEMA) memaklumkan, bantuan bencana persekutuan tersedia untuk Wilayah Columbia bagi menampung usaha tindak balas berikutan keadaan kecemasan akibat kejadian paip kumbahan pecah sejak 19 Januari lepas.

“Pengisytiharan ini membolehkan FEMA menyelaras semua usaha bantuan bencana bagi meringankan kesulitan dan penderitaan penduduk tempatan.

“Bantuan lain turut tersedia untuk menyelamatkan nyawa, melindungi harta benda, kesihatan dan keselamatan awam serta untuk mengurang atau mengelakkan ancaman malapetaka,” kata FEMA.

Insiden paip pecah itu menyaksikan lebih 200 juta gelen air kumbahan masuk ke dalam Sungai Potomac, sekali gus mencetuskan pencemaran air dan bau.-Bernama