
PARIS, 17 Mac — Lawatan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump ke China yang dijadualkan dari 31 Mac hingga 2 April berkemungkinan ditangguhkan susulan konflik Washington dengan Iran.
- Rundingan pegawai kanan ekonomi AS dan China di Paris dianggap konstruktif.
- Setiausaha Perbendaharaan Scott Bessent kata perbincangan mencerminkan kestabilan hubungan.
- Pertemuan disertai Timbalan Perdana Menteri China He Lifeng dan Wakil Perdagangan AS Jamieson Greer.
- Mesyuarat buka laluan rundingan lanjut walaupun ketegangan ekonomi sejak Trump kembali jadi presiden; AS umum siasatan perdagangan baru.
Perkembangan itu dimaklumkan pegawai Amerika Syarikat selepas pertemuan pegawai kanan ekonomi Washington dan Beijing di Paris.
Setiausaha Perbendaharaan AS, Scott Bessent berkata rundingan dengan pegawai tertinggi China disifatkan sebagai konstruktif serta mencerminkan kestabilan hubungan kedua-dua negara.
“Perbincangan itu konstruktif dan menunjukkan hubungan yang stabil antara kedua-dua pihak,” katanya kepada wartawan.
Beliau mengadakan pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri China, He Lifeng yang turut disertai Wakil Perdagangan AS, Jamieson Greer.
Pertemuan itu dilihat membuka laluan kepada rundingan lebih lanjut antara kedua-dua negara walaupun hubungan ekonomi AS–China berdepan ketegangan sejak Trump kembali memegang jawatan presiden.
Amerika Syarikat minggu lalu turut mengumumkan siasatan perdagangan baharu berkaitan lebihan kapasiti industri yang menyasarkan kira-kira 60 ekonomi termasuk China. – AFP