
FLORIDA, 8 Februari – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, mengadakan pertemuan dengan Presiden Honduras, Nasry Asfura, di kediamannya di Mar-a-Lago, Palm Beach di sini pada Sabtu.
- Perbincangan memberi tumpuan kepada kerjasama keselamatan antara AS dan Honduras.
- Usaha bersama untuk membanteras kartel dan pengedar dadah berbahaya.
- Menangani isu pendatang asing tanpa izin dan ahli kumpulan jenayah.
- Gambar pertemuan dikongsi di media sosial kedua-dua pemimpin.
Menerusi perkongsian di Truth Social, Trump memaklumkan pertemuan itu sebagai satu perbincangan penting, selain menegaskan hubungan kerjasama rapat antara kedua-dua negara dalam aspek keselamatan.
“AS dan Honduras bekerjasama dalam usaha membanteras kartel serta pengedar dadah berbahaya, di samping menangani isu pendatang asing tanpa izin dan ahli kumpulan jenayah,” katanya menerusi kenyataan.
Gambar pertemuan berkenaan turut dikongsi di media sosial kedua-dua pemimpin tersebut.
Asfura, yang juga ahli politik konservatif dan ahli perniagaan, mengangkat sumpah sebagai Presiden Honduras bulan lalu selepas pilihan raya sengit yang dibayangi dakwaan penipuan serta ketegangan politik. -REUTERS