
WASHINGTON, 12 April – Presiden Donald Trump pada Ahad mengarahkan sekatan laut serta merta oleh Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) di Selat Hormuz dan turut memintas setiap kapal di perairan antarabangsa yang telah membayar tol kepada Iran.
- Hantaran di Truth Social beberapa jam selepas rundingan damai AS-Iran berakhir tanpa keputusan.
- Trump mengakui rundingan "berjalan dengan baik" dan "kebanyakan perkara telah dipersetujui".
- Kedua pihak gagal mencapai persetujuan mengenai isu program nuklear Iran.
- Laporan mengenai kejadian itu disiarkan oleh Reuters.
Perkara itu dimaklumkan menerusi hantaran beliau di Truth Social beberapa jam selepas rundingan damai AS-Iran berakhir tanpa mencapai sebarang keputusan.
Meskipun mengakui bahawa rundingan berkenaan berjalan “dengan baik” dan “kebanyakan perkara telah dipersetujui”, namun kedua pihak gagal mencapai persetujuan mengenai isu program nuklear Iran.
“Berkuat kuasa serta merta, Tentera Laut AS akan memulakan proses menyekat semua kapal yang cuba memasuki atau kleuar dari Selat Hormuz.
“Saya juga telah mengarahkan tentera laut kami untuk mengesan dan memintas setiap kapal di perairan antarabangsa yang telah membayar tol kepada Iran,” katanya. – REUTERS