‘Tak masuk akal’: Harga petrol naik, bebankan pengguna di Jersey City, AS

(Foto kecil: Kevin Paglione, Luis Ramos, Jose Deacevevo)/ AFP

JERSEY CITY, 1 April- Pemandu di Jersey City, Amerika Syarikat (AS) berdepan tekanan susulan kenaikan harga petrol yang berterusan dengan konflik Asia Barat dilihat sebagai antara faktor utama lonjakan tersebut.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kevin Paglione percaya harga petrol akan terus naik selagi konflik berlanjutan, menyatakan kos isi penuh meningkat dari AS$50 ke AS$69, mungkin AS$80.
  • Luis Ramos menyifatkan kenaikan harga petrol sebagai tidak munasabah, menambah ia menambah beban kerana kos sara hidup sudah meningkat.
  • Jose Deacevevo kata konflik di pelbagai rantau memberi kesan langsung kepada harga petrol, membebankan pengguna.
  • Pemandu menghadapi tekanan kewangan susulan lonjakan petrol, menambah kebimbangan dalam situasi kos hidup meningkat.

Seorang penduduk New Jersey, Kevin Paglione, 48, berkata harga bahan api dijangka terus meningkat selagi konflik berlanjutan.

“Perang ini sedang berlaku dan harga akan terus naik. Dulu AS$50 untuk isi penuh, sekarang AS$69. Minggu depan mungkin AS$80,” katanya.

Luis Ramos, 26, dari New York pula menyifatkan kenaikan itu sebagai tidak munasabah, apatah lagi kos sara hidup turut meningkat.

“Melihat harga petrol melonjak begitu tinggi memang luar biasa. Kos sara hidup sudah pun meningkat, kini petrol pula naik,” katanya.

Seorang lagi penduduk, Jose Deacevevo berkata konflik yang berlaku di pelbagai rantau memberi kesan langsung kepada harga petrol, sekali gus membebankan pengguna. -AFP