
WASHINGTON, 28 Februari – Tentera Amerika Syarikat (AS) pada Sabtu mengeluarkan rakaman video serta gambar yang memaparkan peralatan ketenteraan digunakan dalam serangan udara bersama Israel ke atas Iran, yang didakwa mengorbankan pemimpin tertinggi negara itu.
- AS dedahkan rakaman operasi udara bersama Israel, memaparkan pesawat, peluru berpandu dan pelancar roket digunakan.
- Operasi dinamakan Operation Epic Fury, melibatkan kekuatan udara dan laut di Asia Barat.
- Matlamat serangan: memusnahkan sistem peluru berpandu Iran dan melemahkan kekuatan tentera lautnya.
- Insiden itu tingkatkan ketegangan di Asia Barat dan kebimbangan konflik serantau lebih luas.
Visual yang didedahkan menunjukkan pesawat pejuang berlepas, peluru berpandu dilancarkan dari kapal perang serta pelancar roket, selain anggota tentera laut menyediakan pesawat di atas kapal pengangkut pesawat USS Gerald R. Ford.
Menurut pihak tentera AS, operasi berkenaan dinamakan Operation Epic Fury, yang melibatkan kekuatan udara dan laut di rantau Asia Barat.
Presiden AS, Donald Trump, berkata serangan itu bertujuan memusnahkan sistem peluru berpandu Iran serta melemahkan kekuatan tentera laut negara tersebut, susulan amaran berulang Washington dan Israel terhadap program nuklear serta peluru berpandu balistik Tehran.
Serangan berkenaan mencetuskan ketegangan baharu di Asia Barat dan meningkatkan kebimbangan terhadap kemungkinan konflik serantau yang lebih luas.-REUTERS