Tehran alami ganguan bekalan elektrik

Foto AFP

TEHRAN, 30 Mac -Kementerian Tenaga Iran melaporkan berlakunya gangguan bekalan elektrik di ibu negara, Tehran, serta kawasan sekitarnya dan wilayah jiran, Alborz, susulan serangan yang menyasarkan kemudahan industri elektrik negara itu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Bekalan elektrik terputus di kawasan terjejas; pihak berkuasa giat memulihkan perkhidmatan secepat mungkin.
  • Presiden AS Donald Trump mengancam serangan ke atas stesen janakuasa Iran jika rundingan damai menemui kegagalan.
  • Tarikh akhir rundingan damai telah beberapa kali dilanjutkan.

Menurut kenyataan yang disiarkan menerusi televisyen negara, bekalan elektrik terputus di kawasan terjejas, dan pihak berkuasa sedang giat menjalankan usaha untuk memulihkan perkhidmatan tersebut secepat mungkin.

Sementara itu, Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, sebelum ini pernah mengeluarkan ancaman untuk melancarkan serangan ke atas stesen janakuasa Iran sekiranya Tehran gagal mencapai persetujuan dalam rundingan damai. 

Tarikh akhir rundingan tersebut telah beberapa kali dilanjutkan. – AFP