
ALEPPO 18 Januari – Syria akan menyambung semula operasi penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Aleppo bermula Selasa ini, susulan ketegangan ketenteraan dengan Kumpulan YPG/SDF sebelum ini
- Syria akan menyambung semula operasi penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Aleppo mulai 20 Januari 2026.
- Keputusan dibuat selaras dengan jadual penerbangan yang telah diluluskan.
- Pihak berkuasa akan menumpukan usaha berterusan terhadap pembangunan lapangan terbang.
- Matlamatnya memulihkan trafik udara kepada keadaan normal dan meningkatkan pengalaman perjalanan.
Ketua Penguasa Am Penerbangan Awam dan Pengangkutan Udara Syria, Omar Hosari menerusi hantaran di laman X memaklumkan, langkah itu selaras dengan jadual penerbangan yang telah diluluskan.
“Kami dengan sukacitanya mengumumkan penyambungan semula trafik udara di Lapangan Terbang Antarabangsa Aleppo bermula Selasa, 20 Januari 2026, katanya.
Beliau berkata fasa seterusnya akan menyaksikan tumpuan berterusan diberikan terhadap lapangan terbang itu.
“Pihak berkuasa akan berusaha membangunkan perkhidmatannya serta meningkatkan pengalaman perjalanan secara keseluruhan.
“Langkah berkenaan sebahagian daripada usaha untuk memulihkan trafik udara kembali kepada keadaan normal di bandar Aleppo,” katanya.