Singapura jangka trafik sesak di pusat pemeriksaan sempena Tahun Baharu Cina

Pos sempadan darat Woodlands ke Singapura/ AFP

SINGAPURA, 6 Februari- Pusat pemeriksaan Woodlands dan Tuas dijangka mengalami kesesakan lalu lintas sempena sambutan Tahun Baharu Cina dari 13 Februari hingga 23 Februari ini, menurut Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) Singapura.

RINGKASAN BERITA AI
  • Jangkaan masa menunggu lebih lama di pusat pemeriksaan sepanjang tempoh Tahun Baharu Cina; pelawat dinasihatkan semak keadaan trafik sebelum bergerak.
  • Penggunaan kod QR MyICA digalakkan untuk mempercepat pelepasan, tetapi pengembara masih perlu membawa pasport masing-masing.
  • ICA menggesa pertimbangkan perkhidmatan bas rentas sempadan untuk mengurangkan kesesakan pada waktu puncak.
  • Pemeriksaan dipertingkat terhadap penyeludupan barangan larangan seperti rokok elektronik, mercun dan bak kwa; tindakan tegas menanti pesalah.

Pihak berkuasa itu memaklumkan bahawa pelawat boleh menjangkakan tempoh menunggu yang lebih lama untuk melepasi pemeriksaan imigresen sepanjang tempoh berkenaan dan dinasihatkan supaya menyemak keadaan trafik di pusat pemeriksaan darat sebelum memulakan perjalanan.

Menurutnya walaupun orang ramai digalakkan menggunakan kod QR yang dijana menerusi aplikasi mudah alih MyICA bagi memudahkan pelepasan imigresen tanpa pasport, mereka masih perlu membawa pasport masing-masing.

ICA turut menggesa pelawat supaya mempertimbangkan penggunaan perkhidmatan bas rentas sempadan bagi mengelakkan kesesakan sepanjang tempoh puncak itu.

“Kami memohon kerjasama orang ramai untuk bekerjasama dengan pegawai ICA, mematuhi peraturan lalu lintas serta mengekalkan disiplin lorong. ICA tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap pengembara yang tidak mematuhi arahan pegawai atau melakukan kesalahan di pusat pemeriksaan,” menurut kenyataan nasihat yang dikeluarkan pada Jumaat.

ICA berkata pemeriksaan dipertingkat terhadap penyeludupan barangan larangan seperti rokok elektronik, mercun dan bak kwa akan dijalankan menjelang perayaan itu. -BERNAMA