Serpihan serangan Iran cederakan empat orang di kawasan perumahan Dubai

Foto fail/AFP

DUBAI, 31 Mac -Empat individu dilaporkan cedera selepas terkena serpihan yang jatuh di kawasan perumahan di selatan Dubai susulan serangan Iran pada Selasa.

RINGKASAN BERITA AI
  • Serpihan berasal daripada pemintasan oleh sistem pertahanan.
  • Serpihan tersebut jatuh ke atas rumah penduduk, mencetuskan kebimbangan keselamatan perumahan.
  • Insiden mengakibatkan kerosakan harta benda dan kecederaan ringan kepada warga Asia yang tinggal di kawasan itu.

Pejabat Media Dubai dalam satu kenyataan di platform X memaklumkan, bahawa insiden itu berpunca daripada serpihan hasil pemintasan oleh sistem pertahanan, yang kemudiannya jatuh ke atas rumah penduduk.

Insiden tersebut menyebabkan kerosakan harta benda serta kecederaan ringan kepada empat warga Asia, tambah kenyataan itu. – AFP