Serangan Rusia ke atas Ukraine, ancam keselamatan negara-negara Eropah berhampiran

Foto Reuters

KIEV, 9 Januari – Serangan besar-besaran yang dlancarkan oleh Rusia menggunakan peluru berpandu hipersonik Oreshnik dan dron di kawasan berhampiran sempadan Ukraine – Eropah membuktikan benua itu juga berada dalam jangkauan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Ancaman jelas kepada keselamatan negara-negara Eropah berdekatan menurut Menteri Luar Ukraine.
  • Permintaan Ukraine untuk tindak balas tegas terhadap Moscow selepas serangan.
  • Kremlin mendakwa serangan sebagai balasan kepada serangan dron terhadap kediaman Presiden Putin.
  • Serangan Oreshnik memusnahkan infrastruktur penting di Lviv, barat Ukraine.

Menteri Luar Ukraine, Andriy Sybiga menegaskan, ia merupakan ancaman jelas kepad negara-negara Eropah yang berdekatan.

Susulan itu, beliau menuntut tindak balas yang tegas terhadap Moscow.

Kremlin dalam pada itu menegaskan, serangan yang dilancar sebagai tindak balas terhadap serangan dron yang menyasarkan kediaman Presiden Vladimir Putin.

Kiev bagaimanapun menafikan pihaknya terlibat disebalik serangan ke atas kediamaan Putin dan perkara tersebut dipersetujui Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.

Serangan peluru berpandu Oreshnik yang dilancar Rusia memusnahkan infrastruktur awak di bandar Lviv, barat Ukraine.-AFP

Makan Sihat, Hidup Sihat: Bagaimana Ajinomoto (Malaysia) Berhad Membentuk Gaya Hidup Lebih Sihat di Malaysia

Artikel Tajaan