Serangan Israel mengenai pangkalan UNIFIL

Pangkalan UNIFIL di Lubnan – Foto AFP

BEIRUT, 14 MacSerangan terbaharu Israel pada Jumaat mengenai pangkalan misi pengaman Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) di selatan Lubnan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Satu peluru jatuh dalam kawasan ibu pejabat UNIFIL yang menempatkan batalion Nepal di Mays al-Jabal.
  • Tiada kenyataan dikeluarkan oleh UNIFIL atau tentera Israel mengenai insiden itu setakat ini.
  • UNIFIL ditempatkan sejak 1978 sebagai zon penampan antara Israel dan Lubnan.
  • Satu serangan minggu lalu di Qawzah mencederakan tiga anggota pengaman Ghana; Presiden Lubnan menuduh Israel bertanggungjawab.

Agensi berita rasmi Lubnan melaporkan salah satu peluru yang dilancarkan rejim Zionis jatuh ke dalam kawasan ibu pejabat UNIFIL atau dikenali sebagai Pasukan Interim PBB di Lubnan yang menempatkan batalion Nepal di bandar Mays al-Jabal.

Setakat ini, tiada kenyataan dikeluarkan sama ada UNIFIL atau tentera Israel mengenai insiden terbabit.

Pasukan pengaman antarabangsa PBB telah ditempatkan di kawasan itu sejak tahun 1978 untuk bertindak sebagai zon penampan antara Israel dengan Lubnan.

Minggu lalu, UNIFIL menyatakan bahawa satu serangan terhadap kedudukannya di Qawzah, selatan Lubnan, telah mencederakan tiga anggota pengaman dari Ghana, tanpa menamakan pihak yang bertanggungjawab, walaupun Presiden Lubnan, Joseph Aoun, menuduh Israel sebagai dalang.

Lubnan turut terheret ke dalam kancah perang di Asia Barat apabila Hizbullah yang disokong Tehran menyerang Israel sebagai tindak balas terhadap pembunuhan pemimpin tertinggi Iran, Ali Khamenei, dalam serangan oleh Israel dan sekutunya, Amerika Syarikat. – AFP