Serangan dron jejaskan tangki bahan api, operasi penerbangan Dubai tergendala

Kepulan asap dilihat naik dari kawasan Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai selepas serangan dron mengenai sebuah tangki bahan api / Foto REUTERS

DUBAI, 16 Mac – Kebakaran berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai berjaya dikawal selepas sebuah tangki bahan api terjejas dalam insiden serangan dron pada Isnin, sekali gus memaksa penggantungan sementara operasi di antara hab penerbangan antarabangsa paling sibuk di dunia itu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pihak berkuasa mengesahkan lokasi dan tarikh kejadian menggunakan papan tanda jalan, pagar, kawasan parkir serta imej fail dan satelit.
  • Tiada kecederaan dilaporkan, manakala tarikh sambungan semula operasi penerbangan masih belum diumumkan pihak berkuasa.
  • Insiden ketiga sejak serangan Iran bermula 28 Februari; konflik menggugat penerbangan global, menutup ruang udara Asia Barat dan menaikkan harga bahan api.

Pihak berkuasa mengesahkan lokasi kejadian berdasarkan papan tanda jalan, pagar kawasan lapangan terbang, kawasan parkir pesawat serta susun atur jalan yang sepadan dengan imej fail dan imej satelit kawasan berkenaan, selain turut mengesahkan tarikh rakaman.

Tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian tersebut, manakala pihak berkuasa masih belum memaklumkan tarikh operasi penerbangan akan disambung semula.

Insiden tersebut merupakan yang ketiga berlaku di Lapangan Terbang Dubai sejak serangan Iran ke atas negara negara Teluk bermula pada 28 Februari lalu.

Perang antara Amerika Syarikat dan Israel terhadap Iran turut menggugat operasi penerbangan global apabila banyak penerbangan dibatalkan, dijadual semula atau dialihkan laluan.

Keadaan itu berlaku susulan kebanyakan ruang udara di Asia Barat ditutup kerana kebimbangan terhadap serangan peluru berpandu dan dron, selain turut menyebabkan harga bahan api meningkat.-REUTERS.