Serangan AS-Israel mengenai bangunan menempatkan pejabat TV Al Araby di Tehran

Serangan AS-Israel mengenai bangunan menempatkan pejabat TV Al Araby di Tehran./REUTERS

ISTANBUL, 29 Mac – Serangan oleh Amerika Syarikat dan Israel mengenai sebuah bangunan yang menempatkan pejabat rangkaian televisyen Al Araby di ibu negara Iran, Tehran, pada Ahad, lapor Anadolu Ajansi yang memetik kenyataan saluran berpangkalan di Qatar itu di platform media sosial X.

RINGKASAN BERITA AI
  • Semua kakitangan selamat selepas serangan.
  • Rakaman video menunjukkan kerosakan besar pada tingkat dua dan tiga, lokasi pejabat.
  • Serangan udara AS dan Israel sejak 28 Feb mengorbankan lebih 1,340 orang, termasuk Pemimpin Agung Ayatollah Ali Khamenei.
  • Tehran membalas dengan serangan dron dan peluru berpandu menyasarkan Israel, Jordan, Iraq dan negara Teluk yang menempatkan aset ketenteraan AS.

Menurut kenyataan itu, semua kakitangan selamat selepas serangan ke atas bangunan yang menempatkan pejabatnya di Tehran. Rakaman video yang disiarkan oleh saluran itu menunjukkan kerosakan besar pada tingkat dua dan tiga bangunan berkenaan, yang merupakan lokasi pejabatnya.

Amerika Syarikat dan Israel meneruskan serangan udara ke atas Iran sejak 28 Feb, yang setakat ini mengorbankan lebih 1,340 orang, termasuk Pemimpin Agung ketika itu, Ayatollah Ali Khamenei.

Tehran bertindak balas dengan serangan dron dan peluru berpandu yang menyasarkan Israel, serta Jordan, Iraq dan negara Teluk yang menempatkan aset ketenteraan Amerika Syarikat.- BERNAMA