Semeru meletus lagi, kekal status siaga

Gunung Semeru meletus lagi, kekal status siaga. /Foto AFP

JAKARTA, 13 April – Gunung Semeru di Indonesia yang terletak di sempadan Kabupaten Lumajang dan Malang di Jawa Timur, meletus beberapa kali pada Isnin, mengeluarkan tiang abu sehingga 1,000 meter di atas puncaknya.

RINGKASAN BERITA AI
  • Catat enam letusan sejak awal pagi.
  • Letusan terkini direkodkan pada 9.23 pagi waktu tempatan.
  • Tiang abu berwarna putih hingga kelabu, melayang ke arah barat dan barat laut.
  • Status Gunung Semeru kekal Tahap III (Siaga), PVMBG mengenakan sekatan ke atas aktiviti awam.

Pegawai Pos Pemerhatian Gunung Semeru Sigit Rian Alfian berkata gunung berapi itu merekodkan enam letusan sejak awal pagi dengan letusan terbaru berlaku pada 9.23 pagi waktu tempatan.

“Ketinggian tiang letusan diperhatikan sekitar 1,000 meter di atas puncak atau 4,676 meter dari aras laut, dan tiang abu berwarna putih hingga kelabu dengan intensiti tebal melayang ke arah barat dan barat laut,” katanya menurut Agensi Berita ANTARA, pada Isnin.

Gunung Semeru, puncak tertinggi di Pulau Jawa, kekal pada status Tahap III (Siaga/Amaran), mendorong Pusat Vulkanologi dan Tebatan Bencana Geologi (PVMBG) Indonesia untuk mengenakan sekatan ke atas aktiviti awam. -BERNAMA