Rusia sedia ambil uranium diperkaya Iran

Foto REUTERS menunjukkan batu uranium

MOSCOW, 13 April – Rusia bersedia untuk menerima uranium diperkaya milik Iran sebagai sebahagian daripada perjanjian damai dengan Amerika Syarikat pada masa depan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Putin suarakan cadangan itu kepada Washington dan negara-negara serantau.
  • Peskov berkata tawaran itu belum dilaksanakan namun masih kekal.
  • Beliau mengkritik ancaman Trump tentang sekatan laut di Selat Hormuz.
  • Rundingan gagal antara Amerika dan Iran memusnahkan harapan untuk perjanjian segera, meragut ribuan nyawa dan mengganggu ekonomi global.

Jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov berkata, cadangan berkenaan telah disuarakan oleh Presiden Vladimir Putin kepada Washington dan negara-negara serantau.

“Tawaran itu belum dilaksanakan, namun masih kekal,” kata Peskov kepada wartawan di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau mengkritik ancaman Presiden Donald Trump untuk mengenakan sekatan laut di Selat Hormuz yang merupakan laluan perairan penting.

“Tindakan seumpama itu berkemungkinan terus memberi kesan negatif kepada pasaran antarabangsa,” kata Peskov.

Rundingan yang gagal antara Amerika dengan Iran pada hujung minggu lalu telah memusnahkan harapan untuk mencapai satu perjanjian segera bagi menamatkan perang secara kekal yang telah meragut ribuan nyawa dan menyebabkan gangguan terhadap ekonomi global.

Rusia yang memiliki simpanan senjata nuklear terbesar di dunia telah berulang kali menawarkan untuk menjadi ‘tuan rumah’ kepada uranium diperkaya Iran sebagai sebahagian daripada sebarang perjanjian damai. -AFP