
TENNESSEE, 17 Mac – Beberapa rumah dan kenderaan mengalami kerosakan di sini selepas ribut kuat melanda beberapa kawasan di Amerika Syarikat.
RINGKASAN BERITA AI
- Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan laporkan puting beliung menyebabkan kerosakan besar di Columbia, Tennessee.
- Puting beliung menyebabkan pokok tumbang dan beberapa rumah rosak teruk.
- Alicia Eastep berkata ribut kali ini jauh lebih dasyat berbanding kejadian sebelum ini.
- Suami Alicia sempat mengalihkan kereta beberapa minit sebelum struktur tempat letak kereta musnah.
Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan melaporkan bahawa sebuah puting beliung menyebabkan kerosakan besar di Columbia, Tennessee apabila pokok tumbang dan beberapa rumah rosak teruk.
Seorang penduduk tempatan, Alicia Eastep berkata, ribut kali ini melanda jauh lebih dasyat berbanding kejadian sebelumnya.
“Suami saya sempat mengalihkan kereta kami beberapa minit sebelum struktur tempat letak kereta di rumah mereka musnah akibat ribut tersebut,” katanya.
Seorang lagi penduduk, Trey Hogan berkata, keadaan tersebut seolah olah semakin buruk dari semasa ke semasa.-REUTERS