Rakyat Venezuela tuntut Maduro dibebaskan

Penunjuk perasaan mengangkat sepanduk “Harapan di jalanan” dalam perarakan menuntut pembebasan Presiden Nicolas Maduro dan isterinya di Caracas/Foto REUTERS

CARACAS, 15 Januari – Penyokong Presiden Venezuela yang digulingkan, Nicolas Maduro dan isterinya, Cilia Flores berhimpun dalam demonstrasi besar-besaran pada Rabu bagi menuntut pembebasan serta kepulangan mereka.

RINGKASAN BERITA AI
  • Penyokong mengadakan perarakan besar menuntut pembebasan dan kepulangan Nicolas Maduro serta isterinya, Cilia Flores.
  • Perarakan menentang campur tangan asing, mengecam tindakan Amerika Syarikat dan dakwaan terhadap Maduro.
  • Penyokong mendakwa tuduhan terhadap Maduro sebagai fitnah; Maduro menafikan dan menyifatkan ia alasan terhadap rizab minyak Venezuela.

Perarakan yang dinamakan “grand march of workers” itu diadakan susulan penahanan pasangan berkenaan oleh tentera Amerika Syarikat pada 3 Januari lalu.

Para penunjuk perasaan membawa sepanduk dan melaungkan slogan
menuntut Maduro dan Flores dibawa pulang.

Mereka turut mengibarkan bendera Venezuela sambil mengecam apa yang disifatkan sebagai campur tangan asing oleh Amerika.

Salah seorang penunjuk perasaan, Shirley Rincon menyatakan solidaritinya dan menuduh Presiden Amerika, Donald Trump bertanggungjawab terhadap penahanan Maduro.

“Pulangkan Presiden kami. Dia tidak bersalah dan tuduhan terhadapnya hanyalah fitnah,” katanya.

Trump sebelum ini menyatakan hasrat menguasai rizab minyak Venezuela selepas menahan Maduro yang didakwa terlibat dalam penyeludupan dadah.

Maduro bagaimanapun menafikan semua tuduhan, menyifatkannya sebagai alasan untuk campur tangan terhadap sumber minyak negaranya. – REUTERS