
LONDON, 4 Februari – Raja Britain, Raja Charles III dan Permaisuri, Ratu Camilla mengadakan jamuan rasmi bagi menghargai jasa pekerja tempatan dan serantau di Istana St James, London, pada Selasa.
RINGKASAN BERITA AI
- Raja Charles III dan Ratu Camilla mengadakan jamuan rasmi di Istana St James sebagai penghargaan.
- Acara menghargai sumbangan pekerja tempatan dan serantau dalam komuniti.
- 350 tetamu hadir merangkumi pekerja kesihatan awam, pekerja sosial dan guru besar.
- Juga menghargai kakitangan yang terlibat melindungi wanita daripada keganasan.
Menurut laporan media tempatan, jamuan itu diadakan sebagai penghargaan terhadap sumbangan mereka dalam komuniti setempat.
Turut hadir seramai 350 tetamu, termasuk pekerja kesihatan awam, pekerja sosial, guru besar serta kakitangan yang terlibat dalam usaha melindungi wanita daripada keganasan. -REUTERS