Presiden Venezuela ditangkap tentera Amerika

CARACAS, 3 Januari – Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mendakwa tenteranya berjaya menangkap Presiden Venezuela, Nicolas Maduro selepas melancarkan operasi berskala besar di negara itu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Donald Trump mendakwa askar Amerika menangkap Presiden Venezuela Nicolas Maduro dan isterinya selepas operasi berskala besar.
  • Penangkapan diumumkan Trump di Truth Social dan beliau menyatakan sidang media khas akan diadakan di Florida.
  • Amerika dilapor menyerang Caracas dan negeri lain dengan tujuan membanteras kartel dadah.

“Amerika Syarikat telah berjaya melakukan serangan besar-besaran terhadap Venezuela. Presiden Nicolas Maduro yang bersama isterinya telah ditangkap dan diterbangkan keluar dari Negara itu.

“Operasi ini dilakukan bersempena dengan Penguatkuasaan Undang-undang,” kata Trump dalam laman Truth Social.

Tambah Trump, satu sidang media khas akan diadakan di Florida lewat petang ini.

Terdahulu Amerika Syarikat didakwa menyerang Caracas dan beberapa negeri lain atas dakwaan mahu membenteras kartel dadah.- AFP