Pesuruhjaya EU gesa perluas akses Rafah untuk tingkatkan bantuan ke Gaza

Foto AFP

ISTANBUL, 24 Februari – Bantuan kemanusiaan yang memasuki Gaza ketika ini hanya tiba “setitik demi setitik,” kata Pesuruhjaya Eropah bagi Kesaksamaan dan Pengurusan Krisis Hadja Lahbib pada Isnin, lapor Anadolu Ajansi (AA).

RINGKASAN BERITA AI
  • Gesaan supaya akses diperluas melalui pintu sempadan Rafah untuk meningkatkan aliran bantuan kemanusiaan ke Gaza.
  • Minta pengurangan sekatan terhadap barangan dwiguna bagi memudahkan penghantaran bekalan penting.
  • Perlu peningkatan akses kepada badan bukan kerajaan yang beroperasi di lapangan untuk agihan bantuan efektif.
  • Tekankan pentingnya akses kemanusiaan tanpa halangan demi melindungi petugas dan mengurangkan penderitaan orang awam.

Beliau menggesa akses diperluas melalui pintu sempadan Rafah, pengurangan sekatan terhadap barangan dwiguna serta peningkatan akses kepada badan bukan kerajaan (NGO) yang beroperasi di lapangan.

“Pintu sempadan dibuka, tetapi tidak mencukupi,” kata Lahbib ketika ditemui di luar Mesyuarat Majlis Hal Ehwal Luar EU, sambil memberi amaran yang “serangan masih berlaku setiap hari” dan “orang awam terbunuh serta cedera setiap hari akibat serangan.”

Beliau menegaskan yang “fasa pertama belum dilaksanakan sepenuhnya, jadi kita masih perlu memberi tumpuan kepada pelaksanaan fasa pertama sebelum bercakap mengenai fasa kedua.”

Menyorot risiko terhadap petugas kemanusiaan, beliau berkata: “Setakat ini, 600 pekerja kemanusiaan terbunuh,” sambil berkata yang operasi bantuan tidak dapat mengurangkan penderitaan secara berkesan tanpa “akses kemanusiaan tanpa halangan.”- BERNAMA