Pesawat ‘wolverine’ Thailand terhempas, dua tentera maut

Pesawat pejuang RTAF yang terhempas di kawasan hutan di Chiang Mai hari ini/ Reuters

CHIANG MAI, 29 Januari- Sebuah pesawat pejuang Tentera Udara Diraja Thailand (RTAF) terhempas di kawasan hutan pergunungan di Chiang Mai pagi tadi, mengorbankan dua anggota di dalamnya.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pesawat Beechcraft AT-6 Wolverine terhempas semasa misi latihan di Chiang Mai.
  • Dua anggota, juruterbang dan pengendali senjata, dilaporkan maut selepas pesawat terbakar.
  • Kawasan kejadian ditutup untuk siasatan; polis dan bomba dikejarkan ke lokasi sukar diakses.

Pesawat jenis Beechcraft AT-6 Wolverine itu terhempas ketika menjalani misi latihan sekitar pukul 10.30 pagi waktu tempatan.

Kedua-dua mangsa, masing-masing juruterbang dan pengendali senjata dilaporkan maut selepas pesawat terbabit terbakar sejurus nahas berlaku.

Identiti kedua-dua anggota berkenaan sedang disahkan, menurut RTAF.

“Kawasan kejadian akan ditutup bagi tujuan siasatan untuk menentukan punca nahas,” kata jurucakap RTAF.

Pasukan polis dan bomba telah dikejarkan ke lokasi kejadian bagi mengawal kawasan serta memadamkan kebakaran.

Lokasi kejadian dilapor berada di kawasan hutan pergunungan yang terpencil dan sukar diakses. -Reuters