
DUBAI, 3 Februari – Satu pertemuan antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran dijangka berlangsung di Turkiye pada 6 Februari ini.
RINGKASAN BERITA AI
- Pertemuan AS dan Iran dijangka diadakan di Turkiye pada 6 Februari.
- Inisiatif bertujuan memulakan semula rundingan mengenai program nuklear Iran.
- Washington memberi amaran tentang akibat jika tiada perjanjian dicapai.
- Mesir, Qatar, Turkiye dan Oman campur tangan untuk mengatur pertemuan.
Menurut seorang pegawai Arab yang enggan namanya didedahkan pada Selasa, ia selepas Tehran menyeru agar rundingan nuklear dimulakan semula dan Washington memberi amaran tentang akibatnya jika perjanjian tidak dicapai.
“Satu pertemuan antara perunding AS dan pegawai kanan Iran berkemungkinan akan berlangsung pada Jumaat di Turkiye.
“Pertemuan itu telah diatur susulan campur tangan oleh Mesir, Qatar, Turkiye dan Oman,” katanya. – AFP