Pengundi Gen Z Bangladesh tuntut perubahan menjelang pilihan raya nasional

Foto REUTERS

DHAKA, 28 Januari– Pengundi Generasi Z di Bangladesh, kebanyakannya mengundi buat kali pertama, menyambut pilihan raya nasional bulan depan dengan harapan, keraguan dan tuntutan perubahan politik.

RINGKASAN BERITA AI
  • Generasi Z mahukan layanan adil tanpa mengira kecenderungan politik.
  • Belia melihat pilihan raya sebagai kunci untuk mencapai kestabilan selepas pergolakan.
  • Tuntutan reformasi kukuh tetapi belia mahu pelaksanaan konkrit di peringkat akar umbi.
  • Peluang pekerjaan kekal keutamaan bagi pengundi muda menentukan keputusan pilihan raya.

Pelajar Universiti Dhaka, HM Amirul Karim, 25 tahun berkata golongan muda mahu melangkaui perpecahan kepartian dan melihat rakyat dilayan secara adil tanpa mengira kecenderungan politik.

Beliau menyifatkan pilihan raya itu penting bagi menstabilkan negara selepas tempoh pergolakan berpanjangan.

“Kita sedang beralih daripada revolusi kepada kestabilan. Untuk mencapainya, kita memerlukan kerajaan yang dipilih,” katanya.

Namun, aktivis Hema Chakma, 23 tahun, meluahkan kekecewaan terhadap keadaan semasa yang disifatkannya gagal memenuhi aspirasi gerakan belia tahun lalu.

Menurutnya, perubahan yang berlaku hanya memberi manfaat kepada segelintir pihak, manakala sistem sedia ada dilihat semakin pincang.

Golongan belia menghargai cadangan reformasi, namun mahukan pelaksanaan konkrit di peringkat akar umbi.

Isu peluang pekerjaan kekal sebagai keutamaan pengundi muda.

Dengan jutaan pengundi kali pertama, Generasi Z yang sebelum ini memainkan peranan dalam kebangkitan rakyat pada 2024 kini berpotensi menentukan keputusan pilihan raya, meskipun kekal berwaspada agar corak lama tidak berulang. -REUTERS

Makan Sihat, Hidup Sihat: Bagaimana Ajinomoto (Malaysia) Berhad Membentuk Gaya Hidup Lebih Sihat di Malaysia

Artikel Tajaan