Myanmar berikrar pulihkan hubungan dengan ASEAN

Presiden Myanmar, Min Aung Hlaing, menyampaikan ucapan ketika menghadiri majlis angkat sumpahnya semasa sidang Pyidaungsu Hluttaw (Parlimen Kesatuan) di Naypyidaw. Foto AFP

YANGON, 10 April – Presiden Myanmar Min Aung Hlaing berikrar untuk memperkukuh hubungan antarabangsa selaras dengan Lima Prinsip Hidup Bersama Secara Aman.

RINGKASAN BERITA AI
  • Berusaha memulihkan hubungan normal Myanmar dengan ASEAN dan memperkukuh kerjasama serantau.
  • Kerajaan akan bekerjasama dengan negara jiran dan rakan serantau dalam sektor politik, ekonomi dan sosial untuk memperkukuh hubungan.
  • Tumpuan dalaman termasuk tenaga boleh diperbaharui, penubuhan Kementerian Hal Ehwal Wanita, pendidikan, perusahaan kecil dan perdamaian negara.

Dalam ucapan sempena upacara perasmian di Parlimen Kesatuan di Nay Pyi Taw, Min Aung Hlaing berkata Myanmar akan mengekalkan pendekatan seimbang dalam hubungan antarabangsa serta meningkatkan persahabatan dengan negara jiran, menurut laporan itu.

“Sebagai anggota ASEAN, Kerajaan Myanmar akan berusaha memulihkan hubungan normal dengan ASEAN.

“Kerajaan juga akan bekerjasama dengan negara jiran dan rakan serantau dalam pelbagai sektor politik, ekonomi dan sosial, serta memperkukuh hubungan antarabangsa berdasarkan Lima Prinsip Hidup Bersama Secara Aman,” katanya.

Beliau menekankan pembinaan sebuah kesatuan persekutuan, menggalakkan penggunaan tenaga boleh diperbaharui bagi mengurangkan penggunaan bahan api, serta penubuhan Kementerian Hal Ehwal Wanita yang baharu bagi meningkatkan keupayaan wanita dalam pelbagai bidang.

Ucapan beliau turut menyentuh isu berkaitan pendidikan, pembangunan ekonomi melalui perusahaan mikro, kecil dan sederhana, serta perdamaian nasional, menurut laporan itu.