Mexico berhak bekal bahan api ke Cuba

Foto REUTERS

MEXICO CITY, 31 Mac– Presiden Mexico, Claudia Sheinbaum menegaskan bahawa negaranya mempunyai hak mutlak untuk menghantar bekalan bahan api ke Cuba, sama ada atas dasar kemanusiaan mahupun komersial.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pernyataan itu hadir selepas laporan bahawa Presiden AS Donald Trump mula melunakkan sekatan penghantaran minyak ke Cuba.
  • Sheinbaum membuat kenyataan dalam sidang media pagi Isnin ketika menjawab soalan mengenai penghantaran bahan api.
  • Beliau tidak memberikan perincian atau garis masa khusus bila Mexico akan mula menghantar minyak ke Cuba.
  • Beberapa syarikat swasta di Cuba, termasuk sektor perhotelan, berminat membeli minyak daripada syarikat tenaga milik negara Pemex.

Kenyataan itu menyusul sehari selepas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, dilaporkan mula melunaskan pendiriannya terhadap sekatan penghantaran minyak ke pulau yang ditadbir kerajaan Komunis itu.

“Kerajaan Mexico mempunyai setiap hak untuk menghantar bahan api ke Cuba,” kata Sheinbaum dalam sidang media pagi Isnin bagi menjawab soalan mengenai penghantaran bekalan tersebut.

Bagaimanapun, beliau tidak menyatakan secara terperinci atau memberikan garis masa khusus bila Mexico akan memutuskan untuk memulakan penghantaran minyak ke negara berkenaan.

Sheinbaum turut mendedahkan bahawa beberapa syarikat swasta di Cuba, termasuk sektor perhotelan, telah berminat untuk membeli minyak daripada syarikat tenaga milik negara, Pemex. -REUTERS