
WASHINGTON, 14 Mac – Meta dilaporkan merancang pemberhentian pekerja secara besar-besaran yang berpotensi menjejaskan lebih 20 peratus tenaga kerjanya, menurut beberapa sumber.
- Langkah bertujuan mengimbangi pelaburan besar dalam infrastruktur AI dan meningkatkan kecekapan operasi melalui penggunaan teknologi.
- Tiada tarikh ditetapkan dan jumlah pekerja terlibat masih belum dimuktamadkan; Meta belum mengeluarkan kenyataan rasmi.
- Jika dilaksanakan, ia akan menjadi pengurangan tenaga kerja terbesar sejak penstrukturan semula 2022 dan 2023 yang dikenali sebagai 'tahun kecekapan'.
- Perkembangan itu selari dengan usaha Zuckerberg memperkukuh AI dan tawaran ganjaran lumayan kepada penyelidik, mencerminkan trend syarikat teknologi AS.
Langkah tersebut bertujuan mengimbangi pelaburan besar syarikat dalam pembangunan infrastruktur kecerdasan buatan (AI) serta meningkatkan kecekapan operasi melalui penggunaan teknologi berkenaan.
Setakat ini, tiada tarikh ditetapkan bagi pelaksanaan pemberhentian tersebut dan jumlah sebenar pekerja yang terlibat masih belum dimuktamadkan.
Pihak Meta juga belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai perkara itu.
Jika dilaksanakan pada kadar 20 peratus, ia akan menjadi pengurangan tenaga kerja terbesar syarikat sejak proses penstrukturan semula pada 2022 dan 2023 yang dikenali sebagai ‘tahun kecekapan’.
Sehingga 31 Disember lalu, Meta mempunyai hampir 79,000 pekerja di seluruh dunia.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mark Zuckerberg sejak kebelakangan ini giat memperkukuh kedudukan syarikat dalam bidang AI generatif, termasuk menawarkan pakej ganjaran lumayan kepada penyelidik terkemuka untuk menyertai pasukan pembangunan teknologi tersebut.
Perkembangan itu turut mencerminkan trend lebih luas dalam kalangan syarikat teknologi utama Amerika Syarikat yang meningkatkan penggunaan AI bagi memperkemas operasi dan meningkatkan produktiviti. -REUTERS