
LONDON, 12 April – Menteri Kesihatan Britain, Wes Streeting meluahkan kekecewaan apabila rundingan antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran di Islamabad gagal sambil menambah bahawa komen awal Presiden Donald Trump di media sosial adalah sebagai menghasut.
- Streeting kecewa rundingan AS-Iran belum mencapai kejayaan, menekankan pentingnya terus berusaha dalam diplomasi.
- Beliau mengkritik retorik Presiden Trump di media sosial sebagai menghasut, provokatif dan keterlaluan.
- Britain akan menilai Trump berdasarkan tindakan bukan kata-kata, manakala pertelingkahan politik mengenai Iran berterusan.
“Ia jelas mengecewakan kerana kita masih belum melihat satu kejayaan dalam rundingan dan penamatan perang di Iran yang berkekalan.
“Seperti biasa dalam diplomasi, anda dianggap gagal sehingga anda berjaya. Jadi walaupun rundingan ini belum mencapai kejayaan, itu tidak bermakna tidak ada manfaat untuk terus mencuba,” katanya.
Streeting juga mengkritik retorik Trump sepanjang krisis tersebut.
“Sepanjang minggu lalu, Presiden Trump telah menyatakan beberapa perkara yang dianggap menghasut, provokatif dan keterlaluan di media sosial.
“Saya tidak fikir ia sesuatu yang kontroversi untuk mengatakan bahawa menyiarkan ancaman untuk menamatkan tamadun Iran di media sosial adalah sesuatu yang benar-benar ‘luar biasa’,” jelas Streeting kepada Sky News.
Trump dan Perdana Menteri Keir Starmer turut bertelagah mengenai Iran, dengan Presiden AS berkenaan menuduh bahawa pemimpin Britain itu “tidak menyokong” perang di Asia Barat selain memperkecilkan kreadibiliti Starmer.
Streeting berkata Britain akan terus menilai Trump berdasarkan tindakan, bukan kata-katanya. – AFP