Majlis Pakar Iran muktamadkan pengganti Khamenei

Majlis Pakar Iran telah memuktamadkan pengganti Khamenei. Foto AFP

TEHRAN, 8 Mac – Majlis Pakar Iran telah memilih seorang pemimpin tertinggi baharu bagi menggantikan Ali Khamenei yang terbunuh dalam serangan udara Amerika Syarikat dan Israel.

RINGKASAN BERITA AI
  • Ahmad Alamolhoda menafikan khabar angin bahawa Majlis Pakar masih belum membuat keputusan.
  • Proses pengundian telah diadakan dan seorang pengganti dipilih, namun identiti pengganti itu tidak didedahkan.
  • Berdasarkan Perlembagaan, tiada sesiapa termasuk anggota Majlis boleh mengubah undi selepas keputusan dimuktamadkan.
  • Pengumuman rasmi tentang keputusan bergantung kepada Hashem Hosseini Bushehri untuk memaklumkan kepada umum.

Seorang ulama kanan Iran, Ahmad Alamolhoda dalam satu kenyataan yang disiarkan agensi berita Mehr berkata, semua khabar angin dan laporan yang mengatakan Majlis Pakar masih belum membuat keputusan adalah sama sekali tidak benar.

Beliau berkata, proses pengundian bagi memilih kepimpinan baharu telah pun berlangsung dan seorang pengganti telah dipilih, namun identitinya tidak didedahkan.

Menurut Alamolhoda, berdasarkan Perlembagaan Iran, tiada sesiapa termasuk anggota Majlis Pakar mempunyai hak untuk mengubah undi mereka selepas keputusan dibuat.

Beliau menambah, pengumuman rasmi keputusan itu pengganti baharu itu bergantung kepada Hashem Hosseini Bushehri yang bertanggungjawab memaklumkan keputusan majlis tersebut kepada umum.

Sementara itu, dara rasmi Iran mendedahkan, lebih 1,200 orang termasuk Khamenei dan pegawai kanan tentera terbunuh dalam serangan Amerika Syarikat dan Israel ke atas negara itu.

Perang bermula 28 Februari lalu itu juga menyebabkan lebih 10,000 orang cedera.