Lintasan Rafah dibuka semula

FOTO AFP

RAFAH, 1 Februari – Puluhan ambulans dan trak bantuan dilaporkan bersedia di lintasan sempadan Rafah di Mesir pada Ahad.

RINGKASAN BERITA AI
  • Lintasan Rafah di Mesir dibuka semula untuk membolehkan pergerakan orang awam antara Gaza dan Mesir.
  • Pembukaan itu selaras dengan pelan Presiden AS yang merangkumi pelucutan senjata Hamas dan penempatan pasukan pengaman.
  • Ini adalah pembukaan pertama laluan utama sejak Mei 2024, walaupun butiran kuota harian penduduk Gaza tidak diumumkan.

Israel dijadualkan membuka semula lintasan Rafah yang menghubungkan Gaza dan Mesir pada Ahad, selaras pelan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, bagi menamatkan perang.

Fasa seterusnya pelan Gaza itu merangkumi penyelesaian isu-isu rumit termasuk pelucutan senjata Hamas yang selama ini ditolak kumpulan berkenaan selain pengunduran lanjut tentera Israel dari Gaza serta penempatan pasukan pengaman antarabangsa.

Menurut kenyataan sebuah agensi kerajaan Israel, lintasan Rafah akan dibuka semula pada Ahad bagi membolehkan pergerakan orang awam antara Gaza dan Mesir. Ia merupakan pembukaan pertama laluan keluar masuk utama wilayah Palestin itu sejak Mei 2024. Bagaimanapun, agensi penyelaras dasar awam Israel di Gaza, COGAT, tidak memaklumkan jumlah penduduk Gaza yang melebihi dua juta orang yang dibenarkan menyeberang setiap hari.

Perang tercetus susulan serangan bersenjata pimpinan Hamas ke selatan Israel pada 7 Oktober 2023. Pegawai Israel sebelum ini memberi amaran konflik berkemungkinan disambung semula sekiranya Hamas enggan meletakkan senjata.-REUTERS

Makan Sihat, Hidup Sihat: Bagaimana Ajinomoto (Malaysia) Berhad Membentuk Gaya Hidup Lebih Sihat di Malaysia

Artikel Tajaan