Lebih 15 letupan gegarkan Pulau Kharg susulan serangan AS

Kepulan asap dari fasiliti tenaga di Fujairah, Emiriah Arab Bersatu/ AFP

TEHRAN, 14 Mac – Lebih 15 letupan kedengaran di Pulau Kharg, hab utama eksport minyak Iran yang mengendalikan hampir 90 peratus eksport minyak mentah negara itu, susulan serangan yang dilancarkan Amerika Syarikat (AS) pada Sabtu, menurut sumber tempatan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Serangan menyasarkan pertahanan tentera, pangkalan dan depoh helikopter; menurut Fars tiada kerosakan pada infrastruktur minyak.
  • Presiden AS Donald Trump mendakwa setiap sasaran ketenteraan di pulau itu musnah sepenuhnya.
  • Sumber Iran menafikan dakwaan, memaklumkan sistem pertahanan udara dihidupkan semula kira-kira sejam selepas serangan; amaran terhadap infrastruktur tenaga AS.

Serangan itu menyasarkan pertahanan tentera Iran, pangkalan tentera dan depoh helikopter, namun tidak menyebabkan kerosakan kepada infrastruktur minyak, menurut agensi berita Iran, Fars News Agency dan sumber tempatan.

Presiden AS, Donald Trump, mendakwa setiap sasaran ketenteraan di pulau itu musnah sepenuhnya.

Bagaimanapun sumber Iran menafikan dakwaan tersebut selain, memaklumkan sistem pertahanan udara di pulau itu telah dihidupkan semula kira-kira sejam selepas serangan.

Tentera Iran turut memberi amaran akan memusnahkan infrastruktur tenaga berkaitan AS di rantau tersebut sekiranya kemudahan tenaga Iran diserang.

Pulau Kharg terletak kira-kira 25 kilometer dari pesisir Iran di Teluk Parsi dan menyumbang kira-kira 90 peratus daripada eksport minyak mentah negara itu.-REUTERS