Lawatan Vance ke Azerbaijan, perkukuh kerjsama strategik

Foto REUTERS

BAKU, 11 Februari– Amerika Syarikat (AS) dan Azerbaijan menandatangani perjanjian perkongsian strategik di Baku pada Selasa (10 Februari), membuka fasa baharu kerjasama ekonomi dan keselamatan di Kaukasus Selatan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Penandatanganan perjanjian perkongsian strategik mengukuhkan kerjasama dalam jualan pertahanan dan kecerdasan buatan.
  • Kerjasama berterusan dalam keselamatan tenaga dan usaha anti-pengganas meningkatkan kestabilan rantau Kaukasus Selatan.
  • Perjanjian menegaskan peranan aktif AS dalam keamanan dan pembangunan ekonomi Azerbaijan.

Presiden Azerbaijan, Ilham Aliyev menandatangani perjanjian itu bersama Naib Presiden AS, JD Vance, yang hadir selepas lawatannya ke Armenia.

Aliyev berkata kedua-dua negara memasuki “fasa baharu” dalam kerjasama jualan pertahanan dan kecerdasan buatan, selain mengekalkan kolaborasi dalam keselamatan tenaga dan usaha antipengganas.

Perjanjian itu mula dibincangkan pada Ogos lalu antara Aliyev dan Presiden Donald Trump di White House, ketika Aliyev mencapai persetujuan damai dengan Perdana Menteri Armenia, Nikol Pashinyan, bagi menamatkan perang berdekad-dekad.

Lawatan Vance ke Armenia minggu ini menyaksikan beliau menandatangani perjanjian dengan Pashinyan, yang berpotensi membuka laluan bagi AS membina loji tenaga nuklear di negara itu.

Perjanjian strategik berkenaan mengukuhkan hubungan bilateral AS-Azerbaijan dan menegaskan peranan aktif Washington dalam keamanan serta pembangunan ekonomi di rantau Kaukasus Selatan. -REUTERS