Korea Utara uji Sistem Pelancar Roket Pelbagai

Korea Utara melancarkan kira-kira 10 peluru berpandu balistik pada Sabtu – Foto AFP

SEOUL, 15 Mac – Korea Utara hari ini (Ahad) menguji sistem pelancar roket pelbagai (MRLS), sehari selepas Seoul mengesahkan pelancaran kira-kira 10 peluru berpandu balistik oleh Pyongyang.

RINGKASAN BERITA AI
  • Ujian disaksikan Kim Jong Un, melibatkan 12 pelancar roket berganda 600 mm dan dua kompeni artileri.
  • Jong Un berkata ujian akan menggugat musuh dalam lingkungan 420 kilometer dan menonjolkan kuasa pemusnah nuklear taktikal.
  • Roket membedil sebuah pulau di Laut Timur lebih 360 kilometer; ujian berlaku semasa latihan tahunan Korea Selatan dan Amerika Syarikat.

Ujian pelancaran itu dilakukan beberapa hari selepas tentera Korea Selatan dan Amerika Syarikat (AS) memulakan latihan ketenteraan tahunan bersama.

Agensi berita Pusat Korea (KCNA) melaporkan, ujian sistem itu turut disaksikan pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong Un melibatkan melibatkan 12 pelancar roket berganda ultra ketepatan berkaliber 600 mm dan dua kompeni artileri.

“Ujian itu akan membuatkan musuh-musuh Pyongyang yang berada dalam lingkungan serangan sejauh 420 kilometer berasa ‘gelisah’ serta ‘pemahaman mendalam tentang kuasa pemusnah senjata nuklear taktikal, ” menurut Jong Un.

Laporan KCNA menyebut, roket-roket itu membedil sasaran sebuah pulau di Laut Timur Korea yang terletak sejauh lebih 360 kilometer.

Jong Un turut memuji MLRS sebagai “senjata yang sangat mematikan namun menarik.”

Gambar yang dikeluarkan oleh KCNA menunjukkan beberapa roket dilancarkan ke udara dari kenderaan besar.

Terdahulu, Ketua Turus Bersama (JSC) Korea Selatan mengesan pelancaran kira-kira 10 peluru berpandu balistik dari Korea Utara ke arah Laut Jepun.

Ketika ini, Korea Selatan dan AS sedang menjalankan latihan ketenteraan tahunan membabitkan 18,000 anggota tentera Korea Selatan dan dijadual berlangsung hingga 19 Mac. – AFP