
TEHRAN, 8 Mac – Ketegangan di Asia Barat terus melonjak sejak serangan besar-besaran Amerika Syarikat-Israel ke atas Iran, 28 Februari lalu.
- Gelombang serangan balas misil dan dron Iran mensasarkan kepentingan Amerika Syarikat serta kemudahan sekutu di seluruh rantau.
- Hampir 9,669 unit awam rosak, termasuk 7,943 kediaman, 1,617 gedung, 32 fasiliti perubatan dan 65 sekolah.
- Bulan Sabit Merah terjejas: kemudahan, 15 kenderaan operasi, 13 ambulans; 11 kakitangan perubatan terbunuh, 33 cedera.
- Pemimpin antarabangsa seru diplomasi sebagai satu-satunya penyelesaian, bimbang ancaman terhadap kestabilan serantau dan keselamatan tenaga.
Situasi semakin tegang dengan gelombang serangan balas misil dan dron Iran yang menyasarkan kepentingan Amerika Syarikat dan kemudahan sekutu di seluruh rantau tersebut .
Menurut Anadolu Ajansi, Bulan Sabit Merah Iran memaklumkan, hampir 10,000 struktur awam di negara itu telah rosak sejak konflik memuncak.
Dalam satu kenyataan pada Ahad, organisasi itu berkata, sebanyak 9,669 unit awam terjejas, termasuk 7,943 hartanah kediaman dan 1,617 bangunan komersial.
Turut terjejas, 32 pusat perubatan dan rawatan serta 65 sekolah dan institusi pendidikan yang mengalami kerosakan dalam serangan itu.
Serangan juga menjejaskan 13 kemudahan Bulan Sabit Merah, 15 kenderaan operasi dan 13 ambulans milik organisasi tersebut serta pasukan tindak balas kecemasan.
Insiden turut menyebabkan 11 kakitangan perubatan terbunuh dan 33 yang lain cedera.
Sejak 28 Februari, lebih 1,200 orang dilaporkan terbunuh termasuk Pemimpin Tertinggi Iran, Ali Khamenei dan bersama beberapa pegawai kanan tentera Iran.
Konflik itu juga mula menjejaskan bekalan tenaga dan bahan api serantau, apabila Iran pada Ahad mengurangkan kuota pembelian bahan api bagi kad bahan api peribadi di Tehran daripada 30 liter kepada 20 liter selepas depoh minyak di wilayah Tehran dan Alborz dibedil Amerika.
Sementara itu, beberapa pemimpn antarabangsa menegaskan, diplomasi kekal satu-satunya penyelesaian yang berdaya maju menamatkan perang.
Kata mereka, konflik yang berpanjangan boleh mengancam kestabilan serantau dan keselamatan tenaga global.