
WASHINGTON, 1 April- Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mendakwa konflik AS-Israel dengan Iran mungkin berakhir dalam dua hingga tiga minggu lagi.
- Trump minta Perancis dan China pastikan keselamatan Selat Hormuz, laluan utama penghantaran minyak dunia.
- Menteri Luar Iran Abbas Araghchi masih menerima mesej utusan AS tetapi menegaskan ia bukan bermakna rundingan sedang berlaku.
- Pasaran saham AS meningkat berikutan harapan penyelesaian, manakala minyak Brent turun 3.2 peratus kepada AS$103.97 setong.
“AS akan meninggalkan Iran tidak lama lagi, mungkin dalam dua minggu, mungkin tiga. Mungkin rundingan akan tercapai sebelum itu,” jelas Trump kepada pemberita di pejabatnya, Oval Office di White House pada Selasa.
Trump turut memaklumkan bahawa negara lain termasuk Perancis dan China perlu mengurus sendiri keselamatan Selat Hormuz, laluan utama penghantaran minyak dunia.
“AS tidak akan membantu anda lagi, sama seperti anda tidak membantu kami. Dapatkan minyak anda sendiri,” katanya di Truth Social.
Sementara itu, Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi berkata beliau masih menerima mesej daripada utusan AS tetapi menegaskan ia tidak bermakna rundingan sedang berlaku.
Dalam pada masa, pasaran saham AS dilapor meningkat berikutan harapan penyelesaian konflik, sementara harga minyak Brent turun 3.2 peratus kepada AS$103.97 setong. -AFP